Podcast Empowher “Pekerja Power, Syarikat Super”
19 November 2025 | Aktiviti TerkiniPada 18 November 2025, seramai dua orang peserta telah menonton Podcast EmpowHer bertajuk “Perkerja Power Syarikat Super” secara dalam talian. Aktiviti ini dijalankan untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang ciri-ciri seorang perkerja yang proaktif, berdikari, dan mampu memberi impak positif kepada organisasi.
Sepanjang sesi menonton, peserta diperkenalkan dengan konsep perkerja power, iaitu individu yang bukan sahaja rajin bekerja tetapi juga mempunyai inisiatif, kemahiran komunikasi yang baik, sikap positif, dan sentiasa berusaha untuk meningkatkan prestasi diri serta pasukan. Peserta diberi contoh-contoh praktikal bagaimana perkerja power dapat membantu rakan sekerja, menyelesaikan masalah, dan menyumbang kepada kejayaan syarikat.
Selain itu, peserta juga didedahkan dengan beberapa tips dan strategi untuk menjadi perkerja power. Antaranya termasuk memahami matlamat syarikat, mengutamakan komunikasi yang efektif, memprioritaskan kerja dengan bijak, dan menjaga kesejahteraan mental serta fizikal supaya prestasi kerja sentiasa optimum. Aktiviti ini diakhiri dengan perbincangan ringkas mengenai cara peserta boleh mengaplikasikan ilmu dan inspirasi daripada podcast ini dalam kehidupan seharian serta tempat kerja masing-masing.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: